google search

Google
 

Sabtu, 19 Mei 2007

MANUSIA (Human Being)

Manusia dapat diertikan berbeza-beza menurut biologi, rohani, dan istilah kebudayaan, atau secara campuran. Secara biologi, manusia dikelaskan sebagai Homo sapiens (Bahasa Latin untuk manusia bijak), sebuah spesies primat dari golongan mamalia yang dilengkapi otak berkemampuan tinggi. Dalam hal kerohanian, mereka dijelaskan menggunakan konsep jiwa yang bervariasi di mana, dalam agama, dikaikan dalam hubungannya dengan kekuatan ketuhanan atau makhluk hidup; dalam mitos, mereka juga seringkali dibandingkan dengan bangsa lain. Dalam antropologi kebudayaan, mereka dijelaskan berdasarkan penggunaan bahasanya, organisasi mereka dalam masyarakat majmuk serta perkembangan teknologinya, dan terutama berdasarkan kemampuannya untuk membentuk kelompok dan lembaga untuk dokongan satu sama lain serta pertolongan.

Manusia mempunya dua jantina: lelaki dan perempuan.

Jumaat, 18 Mei 2007

Muqaddimah

Syukur kepada Allah yang telah memberikan taufiq dan hidayah Nya, yang mana dengan dapatlah saya menjadi tekun dan tabah dalam menyiapkan blogg yang tidak sepertinya ini.Semuga blogg ini akan memberi banyak manafaat kepada pembaca/surfers.

Dari pengalaman saya mengumpulkan bahan-bahan (Mengenal Diri) untuk Blog Nilai Insan ini dari berbagai2 punca lama dan baru,serta melalui lisan (belajar)dan pembacaan,saya mendapati bahawa aspek DIRI,INSAN dan KEHIDUPAN ini telah tidak begitu di hiraukan olih sesetengah dari kita.
Kehidupan kita adalah terlalu syumul,terlalu kompleks,dan termasuk segala-galaseperti, aspek kehidupan itu sendiri seperti: Ekonomi,sosial,keagamaan dan politik.
Kegiatan sosial kita membuatkan kita tidak dapat atau terlupa untuk menilai atau mengenal diri kita,patah lagi tiada masa untuk kita dalam cuba "mengenali" diri orang lain.Kita juga menjadikan kegiatan keagamaan kita,politik kita dgn menyempitkanlagi ruang untuk kita mengenali Diri dan Orang lain.

modal insan