modal insan>250507
Sebenarnya saya banyak menjumpai bangsa Melayu yang begitu kreatif menghasilkan ciptaan-ciptaan mereka tidak kiralah karya seni ataupun ubat-ubatan tradisional yang mempunyai potensi dan pelbagai produk lain. Namun sedar tidak sedar bukan kita yang mengaut keuntungan. Inilah yang dikatakan mempunyai modal akhirnya dipermodalkan. Bukan semua namun apa yang saya cakapkan di sini adalah majoriti. Kalau nak tahu sebabnya berdasarkan pengalaman saya melihatkan bahawa bidang promosi amat memainkan peranan yang utama di dalam dunia perniagaan.
Inilah kekurangan bangsa kita. Apabila menyebut tentang promosi tentulah melibatkan satu kos yang tinggi untuk diperjudikan juga memakan jangka masa agak panjang, masalah standard orang Melayu ialah modal pusingan yang kurang. Itulah yang ditakuti oleh orang Melayu. Sebabnya orang kita suka sangat perkataan “jangka pendek”. Apa yang cepat itulah yang sedap. Kalau tidak peratus orang Melayu tidaklah tinggi melibatkan diri di dalam “skim cepat kaya” ataupun “ broker ”. Manakala lain bagi yang bukan Melayu. Mereka mempunyai wawasan dan melabur semuanya untuk jangka masa panjang. Kalau tak percaya cuba kaji berapa peratuskah orang bukan bumiputera melabur untuk membuka kolej-kolej swasta? Nak tahu kenapa? Kerana bangsa bukan bumiputera ini gemar mengkaji dan mencari ilmu, makanya mereka sudah pun dapat meramalkan trend perniagaan akan datang iaitu keuntungan melahirkan modal insan.
Apa orang kita buat tunggu untuk dipermodalkan.Apakah ertinya modal insan itu kalau bukan dipenuhi dengan inteletual dan kemahiran. Di mana pula untuk mendapatkannya kalau bukan di pusat-pusat pengajian tinggi. Memandangkan kelayakkan untuk memasuki pusat pengajian tinggi kerajaan begitu demanding bagi bukan bumiputera, maka wujudlah kolej-kolej swasta yang bertaraf antarabangsa yang di dominasikan oleh bukan bumiputera.
Terkadang saya juga merasa hairan dengan orang kita. Nak kata tak pandai bercakap, iaitu salah satu modal yang diperlukan di dalam bidang pemasaran, banyak juga yang saya jumpa di kedai-kedai kopi ataupun coffee house yang begitu pandai bercakap. Dunia pun dia boleh jual. Kata orang Kedah goreng punya goreng , sedar-sedar makan free dari pagi sampai malam. Teh tarik free jangan cakaplah, mau dua tiga teko. Tapi bila letak di dalam dunia pemasaran yang sebenar lidah kelu tak terkata. Nak jual apa kalau ilmu pengetahuan sejengkal. Akhirnya jadilah insan yang dipermodalkan.
Dunia politik macamana pula? Sama juga. Banyak yang pandai bercakap. Tak kurang juga kata Profesor saya “banyak sudah jadi Profesor Kangkung”. Kalau nak tahu apa dia professor kangkung, lihatlah kangkung tu sendiri tumbuh merata-rata tak payah nak tanam pun. Kononnya nak jadi modal insan iaitu yang penuh di dada dengan intelektual dan ilmu, rupa-rupanya hanya di kertas itu saja nampak ilmu di dada habuk pun tak ada. Langsung akhirnya nak dipermodalkan pun tak boleh untuk rakyat menumpang kesenangan. Inilah penyakit yang saya sebutkan tadi “sistem nak cepat” tak payah belajar susah-susah beli saja kat luar negara.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan