nilai insan ,
Kecemerlangan sesebuah organisasi terletak pada aset utamanya iaitu modal insan. Modal insan mesti berilmu, memiliki kemahiran yang bersesuaian dan berfikiran strategik supaya sentiasa relevan dengan peredaran masa dan perubahan persekitaran. Penyampaian perkhidmatan yang melangkaui ekspektasi pelanggan dan stakeholder adalah salah satu petanda positif. Bagaimanapun, demi kemantapan perkhidmatan awam, pelbagai usaha perlu dilaksanakan, termasuklah usaha mengekalkan kerelevanannya dengan berteraskan konsep 4P, iaitu pengurusan perubahan, pembangunan kompetensi, pelanggan dan pembangunan kapasiti.
Gabungan elemen-elemen tersebut bukan sahaja boleh melahirkan modal insan yang berkhidmat dengan baik tetapi juga boleh ‘berfikir dan bertindak secara bijak’ dengan memastikan perkhidmatan awam terus relevan, berjaya mencipta kelainan, mewujud dan menambah nilai. Ini akan membolehkan perkhidmatan awam menguruskan perubahan persekitaran yang tiada noktahnya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan